Baru je tamat pengajian dan baru nak melangkah masuk ke alam pekerjaan. Kalau nak diikutkan, rasa macam lewat sikit berbanding orang lain, tapi bagi aku tak ada hal. Yang paling penting sebagai seorang lelaki, kita kena ada rasa tanggungjawab untuk berdiri atas kaki sendiri.
Bila dah mula ada pendapatan sendiri nanti, niat aku nak mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dan pelaburan. Benda ni datang dari minat bila selalu tengok abah duduk mengadap graf saham Syariah kat rumah. Rasa tertarik nak faham macam mana duit boleh bekerja untuk kita secara halal dan beretika.
Perjalanan baru baru nak bermula. Biar mula perlahan, asal konsisten dan berilmu! 🚀
📈 Perniagaan & Projek
Strategi urus niaga, monetisasi digital, pengurusan projek teknologi, dan eksperimen produk.